Menu #01 Induction Atkins

Ini menu sarapan sebenarnya tapi aku makan time tengah hari lak sebab

aku kena melepak kat bawah opis 

contractor kunci main gate, ingat nak balik je tadi tapi dengar2 khabar ada bos arch lak nak datang petang karang

 

Sarapan merangkap makanan sampai petang

Air 1.5L (lom abis minum, karang sebelum balik aku abiskan)

3 biji telur goreng + kacang panjang + bawang merah + cili sayur + sedikit garam

 

tak sempat nak snap pic sebab aku makan dalam keadaan marah

maunya x marah bila berjam melepak kat bawah 

 

Menu malam tak tau lagi sebab malam nie ada nak pegi event Nuffnang (kang update kat sini yer)

 

:.farra-eng

Bermulanya Diet Atkinsku

Aku dah start berdiet altkins arini

tekanan nak kurus tu aku sahut dengan semangat yang positif

nak share sikit tentang info diet atkins 

nie pun aku copy paste dari blog sayataknakgemuk.blogspot.com

 

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 

Aku nie dalam kategori Induction.. 2 minggu macam tak lama tapi minggu nie aku ada event yang hidangkan makanan sedap2..

cobaaaaannnn

 

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..

Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame…

Semasa 2 Minggu Induction: 

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya. 

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 

4.) Elakkan Buah-buahan 
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc) 

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam…. 

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 

******************************************************** 

Boleh Makan: 

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis… 

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal. 

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 

5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari.. 

6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari.. 

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan.. 

8.) *edit…jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu 

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k… 
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong…

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak…huhu

 

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 

 

:.farra-eng

Tamatnya Cabaran 90 Hari Tanpa Nasi

Adooooiiiiii dah tamat rupanya cabaran nie

arini sudah hari yang ke 107 hari

tak perasan lak 

chek balik entry nie baru perasan dah lama tamat

http://farra-eng.com/2011/05/24/cabaran-90-hari-tanpa-nasi

hasilnya sangat ler mengecewakan berat badan ku masih lagi 60kg

susah kan nak kurus

tak makan nasi pun belum tentu leh kurus

tapi sepanjang tempoh cabaran nie aku dah kantoi 4 kali makan nasi hahahaha

 

kali nie aku nak amalkan diet altkins lak

alang2 perut aku nie dah terbiasa tak makan nasi jadi aku nak try ler diet altkins nie

baca blog budak nie www.sayataknakgemuk.com sangat ler memberi inspirasi

 

tadi lepas usha pic kawan aku kat facebook terus aku saiko gila nak kurus

sebab dia dah kurus macam model

siap posing2 lagi

adoi aku cemburu….

 

tengah aku dok emosi nak kurus nampak lak page Marie France Bodyline anjurkan contest 3 months slimming program secara percuma.

nak join ler contest nie, korang vote ler aku hahahaha

tata nak cari pic untuk join contest nie

 

:.farra-eng 

Roti Telur Banjir

Hehe sarapan pagi merangkap makan tengah hari roti telur banjir bersama milo ais (abis rosak diet aku huhu)

oleh sebab pintu opis still berkunci maka aku kena melepak di kedai mamak sehingga tengah hari

nasib baik ler ngam2 kul 12 pintu dah buka, kalau idok memang aku balik KL

coz malam nie kena attend event nuffnang di PJ

sok pagi lak ada event bersama Majalah Intrend (sok cuti yeay)

 

hmmm rasanya petang nie aku kena balik awal cikit g KL

coz sekarang nie sana sni asyik roadblck je

dengar2 kata sapa yang pakai baju kuning kena tahan

semalam penunggang motor yang bawak beg kena tahan coz polis nak chek beg

macam2 hal ler sekarang nie

 

Harap2 ler kita sebagai rakyat Malaysia menghargai kemakmuran yang kita kecapi hari ini

cuba bayangkan kalau Negara huru hara, macam mana kita nak bergerak bebas

silap2 haribulan boleh kena perintah berkurung

minta dijauh2 kan ler

 

:.farra-eng

Kantoi Makan Nasi 2

Semalam memang lapar gila then teringat kat Bandar Baru Nilai ada satu sushi king

Bolehlah pulak aku g makan sana seorang2

kesian kan aku tak de kawan pun nak teman makan

opp dah pindah balik g KL

tinggal lah aku seorang kat sepang coz senang nak pegi keja

 

Dapat makan sampai 5 pinggan je then perut dah senak2 coz dah full gila

aku rasa perut aku dah mengecil ler sejak berdiet nie

 

Sapa2 yang rasanya dapat makan dengan cepat elok ler sangat masuk cabaran makan dalam masa 10 minit

sapa yang tak dapat abiskan dalam masa 10 minit kena bayar rm38.80

 

Nie syarat2 nya

good luck untuk yang nak mencuba

 

:.farra-eng

Kantoi Makan Nasi 1

Ooo udah terkantoi makan nasi untuk 90 Hari Tanpa Nasi

godaan sushi nie memang susah nak ditepis

inilah penyebabnya berat badan aku naik 2kg sebelum PD50H

 


Silah salahkan tukang belanja nie

kalau kuar dengan dia mesti dapat makan sedap2

pemurah hati nak belanja lak tu

terima kasih..terima kasih..lain kali belanja lagi huhu

 

:.farra-eng

Hasil Timbangn Minggu Ke4

Inilah dia hasil untuk minggu ke4

rasanya tak turun2 gak nie sebab tak de wat senaman

peringatan untuk diri sendiri “silalah wat senaman”

:.farra-eng

Timbang Berat Badan Untuk Minggu Ke3 PD50H

 

Betul ke nie?

Aku nie kat KL lagi tak balik sepang jadi guna je lah penimbang yang ada

Sok kalau aku balik sepang aku ti,bang balik guna penimbang sebelum nie

 

kalau betullah berat aku nie dah turun 2kg, alhamdulilah

kemungkinan sebab last week aku stress tu yang leh turun jadi macam nie

 

sok aku update berat badan lagi yer

arini sebagai memenuhi syarat PD50H

 

:.farra-eng

Timbang Berat Badan Untuk Minggu Ke2 PD50H

 

Sorry ler kak zel kepala daku serabut isnin lepas tak dapat nak fikir pasal contest nie

ini hasil timbangan untuk minggu nie

 

alhamdulillah opp dah dapat kerja lain, dah start keja pun rabu semalam

oleh sebab aku dah lega cikit pasal opp maka makanan yang aku makan semalam agak banyak hahahaha

 

 

aku orang terakhir yang beli mee nie semalam jadi akak tu bagi banyak lak ai

tak dapat lak nak abiskan sebab banyak sangat

 

Beli paruh RM1 + Sambal Petai RM1 yang nie abis aku makan seorang

tak tau ler dah berapa kalori aku makan nie

malam lak makan meggi tom yam

 

:.farra-eng (^.^)

Menu Day 1 PD50H

Sarapan dengan 2 keping roti 75kal +75kal = 80kl

 

 

yogurt 1 cup 150g = 100kl

 

mee bandung = 400kl kot

 

Total = 580kl

:.farra-eng

 

Related Posts with Thumbnails
Pages: 1 2 Next