Wahahahaha akhirnya siap juga entry nie
Walaupun submit lambat, farra nuff sila terima yer (^.^)
Entry lepas aku ada bagitahu, para blogger yang datang workshop Maybelline diminta untuk masuk contest.
Kalau tak ingat boleh click LINK INI

Pilihan aku makeup G.I JANE (^.^)
“This look is all about the military khaki green! G.I Janes want outstanding eyes while keeping erything else on the face simple, clean and fresh.”
Makeup Maybelline yang digunakan
1. Maybelline Perfect Concealer 01 Light Beige
2. B.B Cream SPF 26 PA+++ 01 Fresh
3. Clear Smooth All In One. Shine Free Cake Powder 04 Honey
4. Diamond Glow Fresh Green
5. Hypersharp Liner.
6. The Magnum Volum Express Super Film
7. Luminous Cheel Blush. Wooden Rose
8. Color Sensational F31 Iced Orchid

Hehe muka bogel. Cuma pakai toner je.
Excited nak makeup. Snap pic nie sambil cakap Chiwawa tu yang jadi mcm nie.
Chiwawa tu tips Amber Chia bagi untuk nampak muka ceria.
Ok sila wat muka serius. Dah nak start makeup nie. Nak gelak pun dalam hati ok.
1. Mula-mula sekali gunakan Maybelline Perfect Concealer 01 Light Beige untuk tutup hitam bawah mata ngn muka-muka yang berjerawat itu. Kasi letak lebih kat bekas-bekas jerawat.
Tengok banyak kan aku pakai concealer nie. Maknanya muka aku nie idok ler licin. Banyak sangat nak ditutup. Hahahaha
2. Gunakan BB Cream untuk dapatkan 8 in 1 skin transformer.
Nie muka lepas pakai concealer tadi. Pastu nak pakai BB Cream lak. Nasib baik ler warna BB Cream nie natural jadi boleh seimbangkan dengan concealer tadi. Kalau putih sangat kang lain pulak jadinya.
3. Clear Smooth All In One. Shine Free Cake Powder 04 Honey
Langkah ketiga lak gunakan bedak Maybelline yang terbaru. Clear Smooth All In one Shine Free Cake Powder. Untuk kulit macam aku nie sesuai guna 04 Honey
Muka selepas pakai bedak. Pucat kan sebab tak habis makeup lagi.
Aisey cantik lak biji mata aku tu huhuhu
4. Diamond Glow Fresh Green
Untuk makeup mata aku gunakan Diamond Glow Fresh Green.
Korang kena mulakan dari cerah ke terang tau. Dari kiri ke kanan.
Yang warna putih tu kena pakai kat seluruh kelopak mata. Then barulah diikut dengan warna-warna yang lain.
Kalau tak reti gak baca arahan kat bawah plat dia.. Maybelline ada tunjukan tips pemakaian.
Oleh sebab mata aku nie sepet. Colour putih dilebihkan lagi kat bawah mata. Nak watkan mata aku tu lebih besar.
5. Hypersharp Liner
Langkah kelima gunakan Hypersharp Liner. Untuk hidupkan lagi makeup G.I Jane nie
6. The Magnum Volum Express Super Film
Langkah keenam untuk watkan bulu mata lentik dan lebat. Gunakan Magnum Volum Express Super Film.

7. Luminous Cheel Blush. Wooden Rose
Pakai pemerah pipi untuk naikkan lagi seri wajah. Aku guna color wooden rose.
8. Color Sensational F31 Iced Orchid
Last sekali gunakan lipstik F31 Iced Orchid Maybelline
Merahnya cantik sangat. Sesuai ler pakai pegi event. Coz akan nampak cantik digambar. Idok ler muka nampak pucat lagi.

Dah siap pun makeup nie.
Posing sambil fikir diri dah cantik hahaha
Bak kata AmberChia nak posing pun kena ada feeling. Bayangkan perasaan.
Gunakan bahu untuk lebih dramatik.
Kalau nak kutuk pun sila dalam hati yer hahahaha
Wajah aku sebelum dan sesudah.
Jauh betul bezanya, yang paling ketara tu bahagian mata. Nampak besar kan.
Thanks Maybelline. Korang pun cubalah gunakan produk Maybelline nie.
Untuk dapatkan tips dan tricks daripada Maybelline silalah layari Facebook Page Maybelline
Terima kasih Maybelline, Nuffnang , dan Amber Chia
:.farra-eng