Farra-Eng Kembali Ke Tempat Asal

Lama dah tak update blog nie

Minta maaf sangat-sangat untuk semua pihak yang menanti blog nie diupdate

banyak events dan produk yang belum aku buat

sorry yer pelan-pelan nanti aku buat

Untuk pengetahuan semua aku dah balik ke tempat asal hahaha

Atas permintaan Pak Sudin dan juga meningkatkan profile kerjayaku

aku memilih untuk menerima tawaran berkerja semula di Pulau Labuan

Tegok gambar kat atas tu, kecik je kan Pulau Labuan tu

Sampai je kat Labuan, aku dah rindu nak balik KL

Iyalah aku sayang sangat dengan kehidupan aku di KL 

Tapi apa leh buat, tuntutan kerja tak dapat dielakkan

Gambar kat atas tu view airport Labuan daripada runway 

Sempat lagi snap pic hahahaha

Dengan ketiadaan aku di KL, tidak bermakna blog farra-eng.com nie tak akan menerima mana-mana jemputan events. Alhamdulillah azrin a.k.a oppers sudi untuk menjadi admin blog farra-eng.com

Jadi bermula December 2011 oppers akan mewakili aku untuk hadir dimana-mana sahaja events yang menjemput farra-eng.

Sekian terima kasih (mood sedih tak dapat join events nie sob..sob..sob..)

:.farra-eng

Touch N Go

Inilah suasana waktu petang kalau nak balik KL

dah lama tau aku nak beli kad touch n go ataupun smart tag

sebab line untuk touch n go dan smart tag nie selalu kosong ok

 

tapi nak beli kad nie payahnya asyik abis je kat kedai shell tu ha

smart tag lak kena ler ready rm100

taraa dah beli kad touch n go isnin lepas

beli kad je RM10 tak de isi ok

aku top up RM10 je

jadi total kena bayar kat kedai shell rm20

lepas tolak komisyen ke apa tu, dapat ler rm9.50 kat dalam kad tu

 

aku nie jakun tau coz tak pernah guna

belek punya belek tak nampak pun cip

 

aku: macam mana nak guna kad nie, tak nampak pun cip, nak register dulu ke baru leh guna

opp: cip kat dalam, mana ler nampak

aku: jadi dah boleh guna ke nie

opp: iye ler

 

lalalala nampaknya boleh ler aku dengan bergayanya drive lorong untuk touch n go (^.^)

p/s: ada rezeki nak beli smart tag lak huhu

 

:.farra-eng

 

Peringatan Untuk Diri Sendiri

 

tak tahulah kenapa sejak semalam semangat ku untuk b’blogging kian bercambah

dulu masa mula2 masuk ke dunia blogging nie, hari2 aku update blog

kawan2 yang sama2 masuk dunia blogging dulu semua dah famous

aku je ketinggalan sebab kemalasan ku yang tahap 5 bintang

 

sejak aku pindah KL last year, aku memang aktif aktiviti nuffnang

tapi masalahnya aku nie malas nak update kat blog

blogwalking pun malas

 

insyallah akan mula balik merayau-rayau ke blog orang lain

broadband maxis ku hanya 6G jadi aku kenalah jimat2 cikit hahahaha (opis tak de internet)

akan update blog sekurang-kurangnya sekali sehari

 

aku nie tak cantik, gemuk lak tu

bergaya pun tak pandai

pakai makeup pun masih nampak selekeh

 

tapi aku bercaya aku mampu untuk berjaya sebagai blogger asalkan aku berusaha + buang sikap malas yang terlampau nie huhu

 

:.farra-eng

 

Udah Mencapai Tahap Kegemukan

sob..sob..sob

dah lama tak on9

kalau on9 pun kejap2 je coz nak chek email

then dah bertambah gemuk

lengan2 dah makin membesar

perut tak yah cakap ler..pakai baju t-shirt dah singkat2 coz tak leh cover perut

beli baju baru pun tak muat OMG

dulu boleh je beli baju tanpa fitting just nengok then confident boleh muat

tapi kali nie x boleh wat gitu

x muuuaaattttt nangis…

macam mana ler nak kurus balik nie

aku nie dah kategori gemuk dalam bacaan bmi

p/s: nak update produk maybelline/loreal jap lagi..

banyak sangat dah hutang piutang nie

:.farra-eng

Perkara Paling Menakutkan Bila Berblogging

Ish aku paling takut bila nengok keywords “farra eng”

maknanya orang tu memang nak tau pasal aku

semenjak 2 menjak nie banyak lak keywords tu masuk kat sini

adeh..adeh..adeh..

sok nak keluarkan entry Lat The Kampung Boy

rasanya esok hari terakhir Teater Lat Kampung Boy nie kat Istana Budaya..

uhuk..uhuk..uhuk…

banyak betul aku hutang entry maybelline/loreal

connie jangan marah i tau

dalam minggu nie i wat entry hutang piutang semua tu :D

 

:.farra-eng

Buffered Earning March 2011

Alhamdulillah akhirnya tahun nie dapat juga me buffered earning

tahun lepas bermalas malasan azhirnya buffered earning hilang

tahun nie azam baru mood baru nak berblogging bersungguh cikit huhu

p/s: Benci betul bila ada orang pinjam broadband then dwld movie/lagu bagai.

:.farra-eng

Hutang Keliling Pinggang

Abislah blog nie dah lama x update

bukannya x ada story cuma bzy gila2

ada masa lapang lak sibuk nak main game bagai

pastu nengok2 blog org lain then blog sendiri tersadai

adoi2.. nasib baik malam nie melepak ditempat keja opp

kunun nak teman dia keja padahal aku menyemak je kat sni hahaha

senarai2 hutang yang lom buat

1. Manifesto event

2.Celcom

3.Name card

4.Preview I’m Numbor 4

5.Loreal

6.Maybelline

 

Matik2 keja banyak bertanguh

p/s: Malam nie kena paksa diri sendiri untuk lebih berkerja keras.

:.farra-eng

Alergik Sea Food

Terkejut ok

selama nie x ada pulak alergik dengan ubatan atau makanan

tetiba isnin lepas lepas makan ketam petang tu terus timbul macam ruam merah gatal2

malam isnin tu dah penuh ruam satu badan then relaks lagi x pegi kelinik

pagi selasa lepas mandi ruam dah penuh satu muka

then panik cepat2 pegi kelinik

nasib baiklah oppers ada untuk meneman

doc tu siap gelak2 nengok muka aku yang merah macam raksasa

opp lak siap bergurau muka macam cina mabuk cissss

Lepas makan ubat ruam2 dah berkurangan..

ruam kat muka dah hilang alhamdulillah

tinggal cikit2 lagi harap2 2 -3 hari nie boleh sembuh sepenuhnya

:.farra-eng

Suasana Sepi

Jumaat datang lagi

rasanya next week ramai yang bercuti seminggu

“Selamat Bercuti Semua”

kat opis nie, hari selasa 1hb baru start cuti sampai 7hb

kira ok lah juga bukannya aku nak balik kampung pun just lepak kat rumah je nanti

arini broadband dah ok balik..maxis dah reset balik untuk february

awal lak reset ek…tapi ok lah juga bolehlah aku gunakan untuk arini

mamat2 kat opis nie x masuk lak, jadi aku seorang je kat opis nie

ini pun kira ok gak coz x de sapa nak kacau aku online arini hahahaha

lalalala kul 1 kang baru start nak bw

:.farra-eng

Makan Seorang Pelik Ek

Nie cerita hari sabtu lepas

makan seorang time break kat carrefour

lapar sangat + penat keja part-tima cashier coz berdiri then layan karenah customer yang entah apa2

lama gila pikir nak makan atau x

sebab selalunya x akan makan seorang kat kedai makan

rasa lain macam

kalau kat opis atau kat rumah x kisah lah

masa ambik sudu ngn garpu nampak encik kotak2 (x tau sapa nama dak nie tapi kenal coz banyak kali terserempak)

me: eh en.kotak2

en.kotak: hai lapar nie x tau nak makan apa

me: cakap dlm hati —> aik kan dia ngah makan nasi campur tu

sengih2 then bla g ambik makanan

pastu baru je 2 3 suap ada lak orang menegur

“hai makan seorang ke?”

toleh kiri kanan sapa lak yang tegur nie

dia ulang balik ayat yang sama

upanya en.kotak2 ada kat depan

a’a makan seorang sambil sengih2

sambung makan sambil usha2 orang2 yang ada kat food court

en.kotak2 datang balik sambil bawak abc

huhu akhirnya ada juga orang yang temankan me makan

bla..bla..bla…dah abis makan

sambung wat keja

:.farra-eng

Related Posts with Thumbnails
Pages: 1 2 3 4 Next