
Wahhh aku diantara blogger yang dijemput oleh pihak Nuffnang untuk attend Maybelline New York Fashion Week Workshop. Semua nie ditaja oleh Amber Chia Academy Sdn.Bhd
Sangat exited sebab dah lama nak belajar makeup. Maybelline lak tu. Dapat jumpa Connie. Serius kalau pegi event, PR Manager dia Connie, mesti tak akan menyesal. Sebab layanan dia pada blogger memang first class. Plus dia nie sangat peramah.

Sila jangan terkejut nengok muka kitaorang yang tidak bermakeup. Sebab awal2 lagi Nuff dah pesan tak payah pakai makeup sebab akan ada sesi makeup yang sangat best.
cosmocrazewoman, kakinakl, connie , ciklilyputih, madammondoq, farra-eng, jardness

Hidangan untuk blogger. Klas ko jah!! makanan memang sedap2 oooo
aku ngn jard lah yang paling awal sekali datang tu sebabnya makanan nie still berbungkus lagi. Kira aku ngn jard ler yang rasmikan makanan2 nie
tapi aku dalam mood diet lah, tak leh makan banyak sangat
cian kan aku gemuk!!
Kitaorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ramai ooo blogger yang datang. Semua cantik2 + cun2 + kurus2 (+.+)
Untungnya aku dapat duduk dengan blogger-blogger yang famous amos nie
t’kejut nengok muka ceeramoon tanpa makeup pun cantik gila, nengok muka sendiri rasa nak nangis lak (+.+)
farra-eng, ceeramoon, viruspadu, pink, madammanoq, jard

Untuk pengetahuan korang, pada tahun nie Maybelline akan menjadi sebahagian daripada New York Fashion Week.
Dorang dengan bangganya memperkenalkan 4 jenis makeup yang sesuai digayakan oleh semua peminat makeup.
Yang penting berani mencuba. Lagipun zaman sekarang nie makeup tersangat ler penting. Bukan hanya nak buat si pemakai nampak cantik tapi yang penting dapat memberikan si pemakai lebih confident.
Macam aku lah tu. Kalau tak pakai makeup g event rasa macam eh huduhnya aku!
padahal makeup yg aku pakai basic je..bedak + maskara + lipstik
baru2 nie je aku dah pandai cikit pakai foundation ngn eyeliner bagai
pakai foundation kurang ler cikit muka aku berminyak. Kuar minyak terus nampak kulit muka hitam.
Ok makeup pertama “GI Jane”

Sexy Starlet

Mystery Maven

Party Princess. Sapa yang nak nampak comel. Boleh lah cuba makeup macam nie, yang penting BB Cream
Jurusolek profesional Maybelline tengah ajar kitaorang macam mana nak makeup kan mata jenis Party Princess
Tengah dok fokus nengok model kena makeup. Tetiba Amber Chia dengan team dia datang.
Sangat peramah tau dia nie. Kejap2 senyum. Very tak sombong.
Duduk berdekatan dengan kitaorang lak tu. Terus tumpuan lari ke dia
Sempat lagi Amber nie mengusik Kakina. Gelak besar ciklily dengar celoteh Amber
Katanya semua orang boleh menjadi model asalkan mau belajar.
Eh kalau korang nak berguru dengan Amber Chia click nama dia nie. Udah linkkan ke web beliau.
Dia buka akademi untuk sapa2 yang nak jadi model tau. Nak belajar makeup ke sila2 ler yer

Kitaorang bernasib baik Amber dengan sportingnya berikan tips macam mana nak posing didepan camera.
Dia siap tunjukkan aksi2 macam dalam presentation dia tu. Sangat cantik ok. Nampak sangat dia nie profesional
Aku: waaaaahhhh cantiknya dia posing. Posing dia tu watkan muka dia lebih nampak cantik
Jess/ciklily/kakina/jard: Memang lah.. dia kan model profesional

Nengok aku nak tiru posing Amber tapi x menjadi sebab aku gemuk + tak cantik
Lengan aku tu 2 kali ganda lengan Amber kan..ish..ish.ish…

Sesi makeup.. yeay… kitaorang diberikan masa 30 minit untuk makeup diri sendiri
kelam kabut diwatnya
aku nie reti yang basic je, pakai eye shadow semua mana ler reti
nak pakai pemerah pipi lagi lah x pernah
cian kan!! aku ngn jard paling mengelabah sebab tak reti
hantam sajalah

Lepas semua dah abis makeup. Sesi bergambar lak. Masing2 tengah pegang pic diri sendir. Cantik tau pic tu. Maybelline bagi free.
zuriaty, hatisamronkin, madammondoq, ciklilyputih, kakinakl, farra-eng
CikEpal, hatisamronkin, Zuriey, Madammandoq, CikLilyPutih, Farra-eng, KakInaKL
Viruspadu, MariaElena, Ceeramoon , NisaMenaip, Jard, Jessying
p/s: Cerita nie tak abis lagi. Kang sambung next entry. Banyak sangat pic jadi kenalah bersambung
:.farra-eng