
Bertempat di Enak KL Starhill Gallery
Aku antara Blogger Glitterati Plus a.k.a G+ yang dijemput untuk berbuka puasa bersama Samsung

Muka-muka ceria sebelum majlis bermula eyriqazz ciklily farraeng zuriaty hazman

Staff Samsung round satu table untuk suai kenal bloggers yang hadir. U all blog pasal apa ek? <— sudah d’transletkan ke bahasa Malaysia yer,
Blog farra-eng nie macam rojak. Macam2 d’tulis ikut suka je, tapi kebanyakannya berkenaan dengan diri penulis
Kalau diperhatikan lebih kepada beauty produk sebab dapat banyak produk free jadi kenalah review hahahaha
U all berminat tak untuk review gadget stuff , produk samsung?
Mestilah berminat, suuuuuukkkaaaaaa sangat
Kalau dapat camera ke, Samsung tab ke best gak nie hahahahaha
Bacaan doa daripada darkbatman. 3 meja d’khaskan untuk tetamu jemputan. Kitaorang pilih meja tengah then nak duduk dekat dengan makanan. Sebab senang nak ambik makanan banyak kali hahahahah

Pinggan pertamaku.. penuh dengan menu2 kerabu
Aku memang suka makan kerabu
Tapi kalau ikutkan seleraku aku lebih suka kerabu yang ada rasa masam + manis + pedas
first time makan kerabu ayam, kerabu sotong,
![dessert yang lazat_thumb[1]](http://farra-eng.com/wp-content/uploads/2011/08/dessert-yang-lazat_thumb1.jpg)
Antara menu-menu yang dihidangkan
Next entry aku cerita pasal lebih lagi tentang restaurant enak kl nie
![games_thumb[1]](http://farra-eng.com/wp-content/uploads/2011/08/games_thumb1.jpg)
Lepas makan macam biasalah
Kalau sesiapa yang biasa pegi event nuffnang.. acara game memang tidak terkecuali
Semuanya bersemangat nak menang hadiah..
Dibahagi kepada beberapa team, tiap satu team 5 org
Team kitaorg jadi first team yang bertanding
Jejai pooji firdaus jard farraeng
Aiyooo kalah ooo x dapat menang adiah sob..sob..sob…

Tengok ler muka-muka yang tak sabar nak main game nie hahahahaha
Konon2 jawapan untuk game tu nanti ada kat template tu

Untuk pengetahuan semua, sempena perayaan Merdeka dan Hari Raya, Samsung akan adakan promosi bermula 22 july 2011 – 4 september 2011
Setiap pembelian akan ada free gift tau

Antara blogger-blogger yang hadir Sawanila, Hazman, Eyriqazz, Daydeck, Jejai, Pojipooh, Jard, Ciklily, Zuriaty, farraeng, Jess Lee, Anak Kak Ina KL, Zaid & awek zaid, Suresh, Elwyn, Darkbatman, CikEpal,Redmummy, yang lain x tau nama hahaha

Terima kasih untuk anak kakinakl Firdaus sebab sporting ambik gambar kitaorang

Acara mengejut malam tu.. birthday freshie Nuffnang
Dia pun terkejut tiba2 ada kek
Yang meriahnya ramai2 nyanyi happy birthday untuk dia
Best kan (^.^)

Sebelum balik, kitaorang sempat bergambar dengan wakil Samsung dihadapan EnakKL
Sempat lagi budak2 nie bergurau request Samsung untuk buat majlis hari raya bersama bloggers
Dapat jawapan positif lak tu. Maybe pihak Samsung akan adakan lagi untuk majlis hari raya bersama Nuffnang.
Apa-apa pun jangan lupa jemput kitaorang lagi tau hahahaha

Thank you Samsung, Nuffnang & Enak KL
p/s:Next entry aku akan review tentang Restauran Enak KL lak..
:.farra-eng