Buffered Earning March 2011

Alhamdulillah akhirnya tahun nie dapat juga me buffered earning

tahun lepas bermalas malasan azhirnya buffered earning hilang

tahun nie azam baru mood baru nak berblogging bersungguh cikit huhu

p/s: Benci betul bila ada orang pinjam broadband then dwld movie/lagu bagai.

:.farra-eng

MANifesto – Abuse!!

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Hari Wanita Sedunia.

Moga-moga semua wanita-wanita yang ada diluar sana tabah menghadapi segala dugaan hidup.

Tiba-tiba rasa sebak lak bila tulis pasal dugaan nie.

Ok2 berbalik pada tajuk asal..sebenarnya nak cerita berkenaan dengan “abuse life sdn bhd 6 “

 

 

First time ooo pegi sni

 

Antara menu2 yang dihidangkan sebelum bermulanya acara huhu

aku minum 3/4 gelas jus nenas. nasib baik balik umah x berak2 adoi :smile:

ciklily, farra, kakina, ruby

 

 

semua penonton masuk dewan..ambik tempat masing2..lampu dipadamkan, hp kena silent, yang bestnya boleh bawak makan + minuman masuk dewan

 

 

aku sebenarnya blur nengok dorang nie

dorang wat apa nie..apa yang cuba disampaikan

rupanya abuse life sdn bhd 6 nie merupakan performing arts, perjuangan mereka2 yang mengalami penderitaan menjadi mangsa abused. Real stories + real people tau.

Antara mereka2 yang ada diatas pentas tu artis. Tak sangka disebalik kelembutan wajah + senyuman yang menawan mereka mempunyai detik hitam dalam hidup masing2.

Cerita pasal rogol tu wat seram je. Kisahnya dia dirogol semasa keluar jalan2 ngn bf di malam hari. Keluar jalan2 tu bukannya dia jalan kaki. Tapi kat tengah jalan dalam kereta ok bermulanya kisah tu.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh baca kat MANifesto

Seramnya bukan hapa coz malam tu aku drive seorang2 balik sepang.

 

Salah seorang dalam pic nie mak nyah tau.

sebiji badan ngn muka macam pompuan

kalau dia cakap dia nyah memang haku pun x tau

suara pun dah mcm pompuan

kisah dia dibelasah J*** tu memang kejam

kena suh b’bogel lak tu..entah apa org2 J*** tu nak tengok sebenarnya

layan orang lain macam binatang ingat boleh insafkan orang tu ke ??

.

Bagi kamu2 yang diluar sana pernah didera secara fizikal atau mental kamu juga boleh meluahkan segalanya di MANifesto

Nak Like FACEBOOK MANifesto nie pun boleh

Nak main2 tweet pun boleh

click saja di link itu huhu

 

Senarai blogger2 yang hadir

http://www.redmummy.com
http://www.teratakarmo.com
http://www.farra-eng.com
http://www.Shannonchow.com
http://www.tianchad.com
http://rabiatuladawiyah.com
http://jackielwh.blogspot.com
http://www.tehtarikmemoirs.com

http://www.kakinakl.com

http://www.tikkoss.com/blog
http://www.ciklilyputih.com
http://withelwyn.com

p/s: Tepuk tangan untuk diri sendiri berjaya update blog (^.^) . Terima kasih kak ina + jejai + redmummy untuk pic2 yang cantik2 ini. Pic yang blur je dari camera hpku huk2

 

:.farra-eng

Hutang Keliling Pinggang

Abislah blog nie dah lama x update

bukannya x ada story cuma bzy gila2

ada masa lapang lak sibuk nak main game bagai

pastu nengok2 blog org lain then blog sendiri tersadai

adoi2.. nasib baik malam nie melepak ditempat keja opp

kunun nak teman dia keja padahal aku menyemak je kat sni hahaha

senarai2 hutang yang lom buat

1. Manifesto event

2.Celcom

3.Name card

4.Preview I’m Numbor 4

5.Loreal

6.Maybelline

 

Matik2 keja banyak bertanguh

p/s: Malam nie kena paksa diri sendiri untuk lebih berkerja keras.

:.farra-eng

Terima Kasih Cinta (TKC)

.

Terima kasih Hotfm bagi tiket percuma huhu

Ini kali pertama aku ngn opp nengok teater di Istana Budaya

.

Pegi hari kedua KTC ditayangkan 20hb

Lain rasa nengok teater kalau dibandingkan dengan nengok movie

teruja semacam je coz dapat nengok live huhu

.

Sempat lagi nie snap2 pic sebelum semua penonton masuk dewan. Tapi seyes memang banyak kerusi yang kosong.

.

Sengih2 coz teruja semacam hahaha.

Rasanya dah jatuh cinta lepas nengok teater TCK nie

Jatuh cinta nak nengok teater lagi

Memang hebat lah semua pelakon2 TCK boleh berlakon selama 3 jam

rehatnya cuma 15 minit je

Lontaran suara semasa menyayi + menari + emosi

Cuma vince tu nak menari macam x nak je

TCK nie sebenarnya diangkat daripada filem Cinta arahan Kabir Bhatia, patutlah macam tau je jalan cerita masa nengok TCK nie.

Apa-apa pun TCK memang best.

Pengarah: Pat Ibrahin

Pelakon Kisah 1: Vince + Nadia Aqilah

Pelakon Kisah 2:Latiff Ibrahin + Safura

Pelakon Kisah 3:Tony Eusof + Norish Karman

Pelakon Kisah 4:Deja Moss + Anding

Pelakon Kisah 5:Shajiry + Faradiya

.

Tak sempat nak snap pic pelakon2 sebab Istana Budaya ada law

tak boleh snap pic siap kena laser2 lagi kalau didapati ambik gambar masa pementasan berlangsung.

Cuma ada kelonggaran semasa barisan pelakon menunjukan penghargaan kepada penonton selepas pementasan berakhir. Masa nie nak keluar camera dslr pun x pe. Snap lah pic puas2 hahahaha

p/s: Harap-harap dapat tiket free lagi huhuh

:.farra-eng

Susahnya Nak Cakap Terima Kasih

Tak tahulah ini tabiat orang Malaysia atau hapa

susah betul nak cakap terima kasih

termasuklah aku sendiri

kadang2 ingat kadang2 x ingat

tapi selalunya ingat kat hati cuma x terucap

erk boleh eh gitu

.

Kejadian jumaat lepas betul2 wat aku sentap

Kejadian pertama:

aku ada ler order something kat dunia maya then dah bayar pastu aku x puas hati dengan hasil kerja yang dibagi. Pastu boleh lak dia yang sound2 aku. Terus tersentap disitu then aku lak yang minta maaf kat dia padahal aku customer. Macam x ikhlas lak aku minta maaf coz sentap. Paling mengecewakan aku x ingat pun dia ada cakap terima kasih coz jadi customer dia.

.

Kejadian Kedua

Hari yang sama tapi terjadi diwaktu petang. Aku g bank nak bank in duit kat Kampung. Pastu nampak lak ada orang jual buah kat luar bank tu. Aku memang tau orang tu kalau jual buah semuanya RM2 satu plastik. Dah teringin sangat nak makan mangga jadi belilah juga satu plastik yang harga rm2. Aku hulur rm5 then dia tanya nak letak asam ke aku ckp letak ler kicap pedas. Pastu aku nie tunggulah duit baki. Dia leh wat lambat2 lak siap leh bertegur sapa ngn kawan dia. Aku nie serba salah nak minta baki ke x. Last2 aku bersuara gak. Coz nampak macam dia x nak bagi baki duit.

Aku: Buah nie jual Rm2 ke Rm5?

Penjual: Eh Rm2 je lah x kan ler jual Rm5. Sabarlah (Baru dia nak bagi baki duit) Kalau jual rm5 dah lama ulang alik naik haji bla..bla..bla..(Bercakap menjerit2)

Aku wat2 senyum dengar dia membebel. Dah ler menjawap soalan aku dengan menjerit2 pastu x de cakap terima kasih pun. Memang x akan beli buah kat situ lagi.Gila jual buah pun macam gangster.

.

Sejak dari kejadian tu aku macam fobia cikit. Tapi adalah juga perubahan positif. Kan jumaat, sabtu ahad aku wat kerja part-time sebagai cashier. Sebelum nie memang jarang ler nak say tq atau terima kasih kat customer.Tapi sejak terkena 2 kejadian tu aku asyik cakap tq/terima kasih kat semua customer aku termasuk lah kat kawan2 sekerja.

.

Opp cakap aku nie terlalu mengikut perasaan tu sebab jadi gitu.

Then semalam aku ngn opp kuar g chow kit saja jalan2 nak beli buah.

Beli buah jambu.. then beli minyak panas pastu beli jagung.

Dah kat kereta aku tanya opp

.

aku: perniaga2 tadi ada cakap terima kasih x?

opp: x ada

aku: seorang pun x ada yang cakap kan.

opp:a’a tapi orang jual minyak tadi ada cakap saya jual yer

aku: ok lah tu sekurang-kurangnya dia sedar ada customer

p/s: Kecewa dengan perniaga yang kurang sopan dengan customer. Tapi aku selalu gak kena marah dengan customer bukan bangsa melayu, memang dorang nie kalau bercakap terjerit2. Cuma x pernah lagi aku melawan. Almaklum lah nak cari rezeki kena sedar diri sedar ruang.  Percaya pada hukum karma (^.^)

Irma Vs Ikhwan Hotfm

Huhu kelmarin ada dengar kat berita radion Hotfm

bahawasanya pengacara untuk program Galaksi tv9 akan bertukar

huhu terus terbayang muka irma

coz kan sebelum nie irma yang cantik itu yang memeriahkan Galaksi dengan celotehnya.

Are You The Most Wanted?

Inilah dia pengacara terbaru Galaksi Ikhwan Hotfm

x sangka lak dia boleh terpilih coz selama nie pengacara semua dipegang oleh artis pompuan

tapi pernah gak Galaksi menjemput ikhwan nie sebagai pengacara jemputan menemani Irma

memang budak nie mempunyai bakat pengacara yang besar dengan telatahnya yang nampak agak spontan

Apa-apa pun all the best untuk Irma dan Ikhwan (^.^)

Jom Kita Ke Guardian

Huhu sesuai sangat kalau nak ke guardian arini

memang dah pasang hajat nak ke sana dari semalam

tapi x menyempat

arini lepas keja kita go go go

:.farra-eng

Alergik Sea Food

Terkejut ok

selama nie x ada pulak alergik dengan ubatan atau makanan

tetiba isnin lepas lepas makan ketam petang tu terus timbul macam ruam merah gatal2

malam isnin tu dah penuh ruam satu badan then relaks lagi x pegi kelinik

pagi selasa lepas mandi ruam dah penuh satu muka

then panik cepat2 pegi kelinik

nasib baiklah oppers ada untuk meneman

doc tu siap gelak2 nengok muka aku yang merah macam raksasa

opp lak siap bergurau muka macam cina mabuk cissss

Lepas makan ubat ruam2 dah berkurangan..

ruam kat muka dah hilang alhamdulillah

tinggal cikit2 lagi harap2 2 -3 hari nie boleh sembuh sepenuhnya

:.farra-eng

A Magnolia Sherbet A Day Gives Me Sweet Memory

Jom kawan-kawan kita cuba aiskrim syerbet buah-buahan yang lazat seperti Magnolia Sherbet RM2.50

Terdapat 4 perasa  Laici, manggis, oren dan tembikai susu.

Yeay beli 2 aiskrim

Hmm ada cop halal

Sila makan dengan hati yang riang tanpa was-was huhu

Selalunya kalau beli aiskrim cup mesti tertanya.

Mana sudu ek?

Tara sudu ada dalam penutup

Buka je penutup dah nampak sudu

Tak kisah ler kat mana-mana

walau dimana jua silalah menjamu selera hahaha

Muka opp yang dah mengantuk dipaksa makan

Tetiba selepas merasa sesuap aiskrim opp dah jadi segar

mood dah berubah menjadi lebih ceria haha

cyg nengok nie ada buah dalam aiskrim nie

a’a lah nak rasa cikit

kita share yer

muka-muka ceria menikmati aiskrim Magnolia

Silalah makan aiskrim Magnolia pasti kamu tersenyum sepanjang hari

ceh ayat macam iklan lak hahaha

Thank You Magnolia

Mood ceria telah kembali setelah menikmati rasa aiskrim yang menyelerakan.

Suasana Sepi

Jumaat datang lagi

rasanya next week ramai yang bercuti seminggu

“Selamat Bercuti Semua”

kat opis nie, hari selasa 1hb baru start cuti sampai 7hb

kira ok lah juga bukannya aku nak balik kampung pun just lepak kat rumah je nanti

arini broadband dah ok balik..maxis dah reset balik untuk february

awal lak reset ek…tapi ok lah juga bolehlah aku gunakan untuk arini

mamat2 kat opis nie x masuk lak, jadi aku seorang je kat opis nie

ini pun kira ok gak coz x de sapa nak kacau aku online arini hahahaha

lalalala kul 1 kang baru start nak bw

:.farra-eng

Related Posts with Thumbnails
Pages: Prev 1 2 3 ...9 10 11 12 13 14 15 ...38 39 40 Next