Tak tahu lah kenapa tahun nie iya2 je me nak tahu berkenaan dengan belanjawan tahun 2011
tahun-tahun yang sudah me wat x tahu je dengan semua nie
sebab dah rasa tua dan ada tanggungjawap kot tu yang rasa nak tahu berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan semasa.
Teringat lagi masa zaman sekolah dulu. Pak Sudin tiap-tiap hari beli surat khabar tapi me susah betul nak baca sebab malas + x nak ambik tahu.
Jangan kan surat khabar nak nengok berita kat tv pun x minat.
Tapi sekarang dah minat cikit-ckit nengok berita kat tv
Ok oleh sebab me teringin sangat nak tahu berkenaan dengan belanjawan negara tahun 2011 nie. Me minta ler info dari kawan wartawan yang kerja kat bernama.
.
.
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri
Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik
bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat
tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai
Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan
RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani
menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan
pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan
makanan sehingga 2015.
– LAGI
KHY MNY KHY
BAJET-INTIPATI 2 KUALA LUMPUR
INTIPATI BAJET 2011
* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan
resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan
lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
* Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3
bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat
tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia
destinasi utama membeli-belah di Asia.
* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting
kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
– LAGI
.
Nie me copy paste je dari email tapi ada lagi yang me x paste. Sapa-sapa yang nak baca sambungan daripada intipati nie silalah tinggalkan email kat ruangan comment. Insyallah me akan send by email ok.
:.farra-eng