Breast Cancer Awareness Campaign

Breast Cancer Awareness Campaign by Estee Lauder Malaysia

Date: 14 - 16 October 2011 (Wednesday)
Time: 10am - 10pm
Venue: Pavilion Kuala Lumpur

Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik..

Jom korang kita pegi weekend nie (^.^)

http://www.facebook.com/BCACampaign.my

http://www.facebook.com/pages/ESTEE-LAUDER-MALAYSIA/49147312897

:.farra-eng

Jemari Spa

Jemari Spa @ Danau Kota

Baru-baru nie Milkadeal bagi aku peluang untuk review facial di Jemari Spa

Terima kasih Milkadeal & Cik Lily Putih

Bertempat di Danau Kota.

Kalau sesiapa rajin pegi uptown wangsa maju tentu kenal dengan restaurant siti zubaidah.

Ala seberang jalan Uptown je

Jemari Spa nie betul-betul bersebelahan dengan restaurant tu.

Kalau nak pegi spa nie mesti buat temujanji dulu

sebab tempat sangat ler limit ok

plus dorang nie banyak gak customer hehehe

Ok nak cerita masa aku pegi facial tu. Langkah-langkah yang dorang buat untuk bagi muka aku nie cantik berseri-seri ialah

1) Cleanse with cleansing milk

2) Double cleanse with radiant white foam

3) Whitening scrub mask

4) Extraction

5) Pressure point massage

6) Lymphatic drainage massage

7) Face massage

8) Eye Cucumber Treatment

9) Whitening mask

10) Shoulder massage

11) Chinese Tea (Longjing tea)

 

120 minute aku rasa relax je menerima layanan staff Jemari Spa

Sesetengah spa yang aku pernah pegi, masa dorang tengah layan tu sibuk nak promote produk dorang

tapi alhamdullilah Jemari Spa tak ada lak buat macam tu

Lepas je sesi facial selesai

Staff Jemari Spa nie menerangkan sedikit tentang produk yang dorang guna

actually lepas facial tu muka memang rasa licin, walaupun zahirnya nampak muka merah2 sebab kena buang jerawat

nampak sangat ler muka aku nie banyak jerawat-jerawat halus hahahaha

Mengikut informasi yang diberikan Aviderm nie produk daripada Paris

Dan produk nie sangat bagus untuk kulit-kulit wanita Asia

Aku lak terberkenan dengan Rectifying Cream Aviderm

sebab boleh kurangkan minyak kat muka serta buat muka berseri-seri mulus huhu

Hanya RM128 dan boleh bertahan selama 6 bulan

tu yang wat aku terus nak beli, sebab muka aku nie memang berminyak gila

hampir 2 minggu dah aku guna Rectifying Cream Aviderm dan hasilnya memang best

terasa muka licin je then bekas-bekas jerawat makin hilang, lepastu macam malu-malu je jerawat nak tumbuh 

Antara package yang ditawarkan

Tapi mengikut staff jemari spa nie package nie tak menentu
tiap kali package akan berubah mengikut pada promosi yang akan dijalankan
Rasanya tiap kali mesti ada package yang menarik dan murah
Macam package facial yang aku dapat, harga promosi hanya Rm39.00
kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Jemari Spa nie
Korang boleh lah LIKE Facebbok Jemari Spa
http://www.facebook.com/pages/Jemari-Spa-Beauty-House
Dan untuk promosi pelbagai lagi spa yang menarik korang boleh ler layari web Milkadeal
:.farra-eng

Simcard Celcom

Simcard Celcom kitaorang dah diganti baru

Dalam tahun nie je dah beratus kali coverage celcom nie hilang

ingatkan sebab hp

upanya simcard tu memang patut diganti baru

nasib baiklah aku nie terfikir nak ganti simcard baru

iyalah dah lebih dari setahun simcard sepatutnya kena ganti baru

satu simcard dikenakan RM5 je, oleh sebab aku nak tukar simcard opp jadi kenalah rm10

Nasib baiklah celcom nie tak jauh dari rumah

Celcom opis nie berhadapan dengan Hospital Tawakal Jalan Pahang

Kalau coverage kat hp korang tu asyik hilang-hilang je better ler tukar simcard yang baru

:.farra-eng

Wacoal Pink Ribbon Campaign 2011

 

Minggu lepas aku dengan opp berkesempatan untuk hadir ke Wacoal Malaysia launched Pink Ribbon Campaign 2011 @ 1 Utama Damansar Kuala Lumpur. 

Kempen nie bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua secara umumnya tentang kanser payudara.

Sejak penubuhannya pada tahun 2003, wacoal malaysia telah memperomosikan “Pink Ribbon” di bulan Oktober melalui pelbagai saluran di seluruh negara.

Kalau korang nak tau. Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita di Malaysia.

Tapi ini tidak bermakna lelaki tak akan kena kanser payudara.

Lelaki juga berkemungkinan akan dapat kanser payudara tau.

Sebelum majlis bermula. Para tetamu dijemput untuk makan-makan dulu (^.^)

Majlis tak lengkap kalau tak ada makanan sedap dan minuman yang enak hahahaha

Jamuan hanya untuk Media dan tetamu jemputan sahaja.

Terima kasih Wacoal

Majlis bermula dengan kemunculan duta Wacoal iaitu Elaine Daly (Miss Malaysia Universe 2003 / Best Actress Anugerah Seri Angkasa 2010) dan Debbie Goh (Miss Malaysia Chinese International 1999 / Golden Awards Most Popular Actress 2010)

Elaine Daly dan Debbie Goh memberikan tips gaya hidup sihat kepada para jemputan. Mereka berkongsi bertapa pentingnya pengesanan awal kanser payudara nie.

Gambar diatas menunjukan tetamu-tetamu Vip bersama dengan duta-duta Wacoal melancarkan Pink Ribbon Campaign.

Sebelah Debbie Goh ialah Mr. Hisau Sugiyama (Executive Director of Wacoal Malaysia) dan Mr. Vincent Leong (Director / General Manager)

Sesi catwalk bra Wacoal

Jenama Wacoal memang terkenal dengan penghasilan pakaian dalam yang berkualiti. Dah macam puteri lak model-model bra Wacoal nie kan Annahita pun hadir sebagai tanda memberi sokongan (^.^)

 Selesai je Majlis pelancaran aku ngn opp pegi pusing-pusing booth Wacoal lak

Semangat betul staff Wacoal nie berikan info tentang booth yang ada kat sana

Know your shape

Aisey bentuk tetek mempengaruhi cup bra yang sesuai dengan badan

Nak pakai bra pun ada cara-caranya untuk keselesaan payudara sendiri.
Checklist: When trying on a bra nie menarik (@.@)Ini lak langkah-langkah PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP). PSP nie teramatlah penting sebab pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. 
Bertuahnya pengunjung yang datang sebab ada doctor daripada Hospital Assunta turut serta dalam majlis ini untuk ajar macam mana nak buat PSP.
As the number of new breast cancer cases is on the rise and early detection saves lives, the need for breast self-examination was widely highlighted at the event and will be promoted at all Wacoal outlets throughout the month of october. To further emphasise its importance, Wacoal is giving away 100 mammogram packages to its lady customers. Information on Remamma – Wacoal unique services on prosthesis and special brassieres – dedicated to assist post breast cancer operative women – will also be made available, making it one of the best Pink Ribbon initiatives of the year.Produk Wacoal yang aku dapat (^.^)
For further information, silalah ke web Wacoal www.wacoalmalaysia.com
Thank you Wacoal
p/s: Thanks Jess, lain kali jemput lagi hahaha
:.farra-eng

Pemenang Hamper Garnier RM100

Pemenang pertama Azuddin

 

 

Pemenang Kedua Jeffrey

 

Tahniah…

:.farra-eng

 

 

 

Peserta-Peserta Contest Menangi Hamper Garnier

Aiyoo sorry sangat-sangat 

Lupa ler nak update berkenaan dengan Contest Menangi Hamper Garnier nie

Contest nie 10 orang je yang join

 

Hanya dua orang pemenang akan dipilih untuk memenangi hamper Garnier berjumlah Rm100

Pemenang akan diumumkan pada next entry arini

Tapi oleh sebab tak ramai yang join contest nie. Aku akan minta jasabaik pihak Garnier untuk bagi korang semua hadiah saguhati.

Ialah bukan senang nak posing sambil pegang deodorant Garnier kan

Apa-apa pun terima kasih untuk semua perserta sebab sporting untuk masuk contest kat blog aku nie (^.^)

 

p/s: Pembukaan perserta perempuan, penutup pun perserta perempuan hahahaha

:.farra-eng

Wordless Wednesday #4 Kak Rock Galaksi

:.farra-eng

 

Gambar Perkahwinan Nabil RajaLawak


Wahhh cantiknya isteri Nabil

Tahniah hanya dengan 2 kali lafaz Nabil telah menjadi suami orang hahaha

Tahniah untuk Nabil(28) dan Nazirah (23)

Mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Aisey romantiknya pandang2 hehe

Nengok kat TV9, isteri Nabil nie lemah lembut orangnya. Asyik tersenyum je. Dah macam artis dah muka isteri Nabil nie. 

Tapi masa ditemubual kat TV9, awal-awal lagi Nabil dah bagitahu tak benarkan isteri dia nie masuk dalam dunia hiburan.

Apa-apa je lah asalkan korang bahagia hehe
Moga pasangan pengantin nie hidup bahagia sampai ke akhir hayat. Amin

 

p/s: Korang perasan tak. Kalau artis lelaki tu, isteri dia mesti cantik-cantik kan.

 

:.farra-eng

 

Pencarian Gadis Simply Pretty Oleh Avon Kini Bermula!

Sponsored Post

Pencarian Gadis Simply Pretty Oleh Avon Kini Bermula!

Pada ahad lepas aku telah dijemputan oleh Nuffnang dan Avon untuk menyertai majlis pelancaran Avon Simply Pretty di Berjaya Times Square.

Sempena pelancaran Simply Pretty, Avon Malaysia kini mengadakan Peraduan Pencarian Gadis Pretty sepanjang bulan October 2011. Peraduan ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun sahaja.

Hmm bertuah sapa yang datang pada majlis pelancaran Simply Pretty nie sebab pada pembelian barangan Simply Pretty RM40 keatas, akan dapat free makeup make over dan photography. Di samping itu boleh main game . Untung lah sapa yang bawak balik banyak hadiah huhuhu

Sesi makeup make over. Menariknya kat sini semua jurusolek profesional nie berpangkat “Manager” ok. Dorang nie dah ada cawangan masing-masing yang dijaga. Sporting kan nak makeup kan orang lain (^.^)

 Sesi photoshoot lak. Tak payah risau gambar tak cantik, sebab pihak Avon dah sediakan jurugambar profesional.

Ok dah siap, gambar nie boleh bawa balik. Sebab salah satu syarat nak masuk peraduan tu hanya perlu emailkan resit dan gambar je. Jadi gambar yang dah print nie boleh lah bawa balik untuk kenangan.

Game Wheel of Fortune.

Kotak Tornado.

Artis jemputan Adira AF.

Jurusolek selebriti tersohor Zul Fazli. Wahhhh selalu nampak dia nie kat Tv atau majalah je. Bertuah sapa yang datang dipelancaran Simply Pretty. Banyak tips pemakaian makeup Simply Pretty yang Zul Fazli berikan. Antaranya kalau nak nampak muka ala-ala pink.Sapukan pressed powder Simply Pretty Pink Blush keseluruh muka.Guna berus yer. Makeup Simply Pretty nie amat sesuai dengan remaja. Sebab remaja tak perlu solekan tebal untuk nampak cantik, cukup lah hanya menggunakan makeup Simply Pretty.

Hahaha aku ngn jess pun merasa gak di makeup menggunakan barangan Simply Pretty.

Jess masuk tv ler lepas nie hahahaJurusolek/Manager Avon nie sempat bagi tips warna yang sesuai kan muka aku nie. Katanya kulit muka macam aku nie sesuai sangan gunakan warna-warna earth. Terima kasih bagi tips (^.^)

Bagi yang tak dapat hadir di majlis pelancaran Simply Pretty di Berjaya Times Square, korang masih berpeluang sebab peraduan nie tamat pada 30 Oktober 2011.

3 pemenang yang terpilih akan memenangi wang tunai RM3,000 , RM2,000 , dan Rm1,000 bersertakan produk hamper Avon bernilai RM1,000, RM800 dan RM500 untuk setiap pemenang.

3 pemenang utama tersebut juga diberi peluang untuk muncul sebagai model di risalah kemuncak Avon Malaysia dan dijemput ke majlis hightea esklusif bersama Akim AF7 dan Adira AF8.

Exited tak nak masuk peraduan nie lepas tengok hadiah yang ditawarkan hahahaha

Ok kalau korang nak masuk caranya ialah;

1. Mestilah berusia 18 hingga 25 tahun sahaja.

2. Lakukan pembelian sekurang-kurangnya RM40.00 (S&S RM46.00)  barangan kosmetik Simply Pretty dan daftar sebagai wakil AVON

3. Pastikan korang mendapatkan resit pembelian sebagai wakil AVON.

4. Emailkan resit dan gambar yang menarik ke marketing.my@avon.com dibawah tajuk “Simply Pretty Search 2011″ berserta butiran peribadi.

Markah akan diberikan berdasarkan kesesuaian solekan dan personality keseluruhan (80%) dan bilangan “likes” di facebook Avon Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/AvonMy atau hubungi talian bebas tol 1800-22-2866.

 

Good Luck Semua (^.^)

 

:.farra-eng

 

Wajah Segar Bersama Maybelline

Wahahahaha akhirnya siap juga entry nie

Walaupun submit lambat, farra nuff sila terima yer (^.^)

Entry lepas aku ada bagitahu, para blogger yang datang workshop Maybelline diminta untuk masuk contest.

Kalau tak ingat boleh click LINK INI

Pilihan aku makeup G.I JANE (^.^)

“This look is all about the military khaki green! G.I Janes want outstanding eyes while keeping erything else on the face simple, clean and fresh.”

Makeup Maybelline yang digunakan

1. Maybelline Perfect Concealer 01 Light Beige

2. B.B Cream SPF 26 PA+++ 01 Fresh

3. Clear Smooth All In One. Shine Free Cake Powder 04 Honey

4. Diamond Glow Fresh Green

5. Hypersharp Liner.

6. The Magnum Volum Express Super Film

7. Luminous Cheel Blush. Wooden Rose

8. Color Sensational F31 Iced Orchid

Hehe muka bogel. Cuma pakai toner je.

Excited nak makeup. Snap pic nie sambil cakap Chiwawa tu yang jadi mcm nie.

Chiwawa tu tips Amber Chia bagi untuk nampak muka ceria.
Ok sila wat muka serius. Dah nak start makeup nie. Nak gelak pun dalam hati ok.

1. Mula-mula sekali gunakan  Maybelline Perfect Concealer 01 Light Beige untuk tutup hitam bawah mata ngn muka-muka yang berjerawat itu. Kasi letak lebih kat bekas-bekas jerawat.
Tengok banyak kan aku pakai concealer nie. Maknanya muka aku nie idok ler licin. Banyak sangat nak ditutup. Hahahaha
2. Gunakan BB Cream untuk dapatkan 8 in 1 skin transformer.
Nie muka lepas pakai concealer tadi. Pastu nak pakai BB Cream lak. Nasib baik ler warna BB Cream nie natural jadi boleh seimbangkan dengan concealer tadi. Kalau putih sangat kang lain pulak jadinya.
3. Clear Smooth All In One. Shine Free Cake Powder 04 Honey

Langkah ketiga lak gunakan bedak Maybelline yang terbaru. Clear Smooth All In one Shine Free Cake Powder. Untuk kulit macam aku nie sesuai guna 04 Honey

Muka selepas pakai bedak. Pucat kan sebab tak habis makeup lagi.

Aisey cantik lak biji mata aku tu huhuhu
4. Diamond Glow Fresh Green

Untuk makeup mata aku gunakan Diamond Glow Fresh Green.

Korang kena mulakan dari cerah ke terang tau. Dari kiri ke kanan.

Yang warna putih tu kena pakai kat seluruh kelopak mata. Then barulah diikut dengan warna-warna yang lain.

Kalau tak reti gak baca arahan kat bawah plat dia.. Maybelline ada tunjukan tips pemakaian.Oleh sebab mata aku nie sepet.  Colour putih dilebihkan lagi kat bawah mata. Nak watkan mata aku tu lebih besar.5. Hypersharp Liner

Langkah kelima gunakan Hypersharp Liner.  Untuk hidupkan lagi makeup G.I Jane nie 6. The Magnum Volum Express Super Film

Langkah keenam untuk watkan bulu mata lentik dan lebat. Gunakan Magnum Volum Express Super Film.

7. Luminous Cheel Blush. Wooden Rose

Pakai pemerah pipi untuk naikkan lagi seri wajah. Aku guna color wooden rose.

 

8. Color Sensational F31 Iced Orchid

Last sekali gunakan lipstik F31 Iced Orchid Maybelline

Merahnya cantik sangat. Sesuai ler pakai pegi event. Coz akan nampak cantik digambar. Idok ler muka nampak pucat lagi.


 Dah siap pun makeup nie.

Posing sambil fikir diri dah cantik hahaha

Bak kata AmberChia nak posing pun kena ada feeling. Bayangkan perasaan.

Gunakan bahu untuk lebih dramatik.

Kalau nak kutuk pun sila dalam hati yer hahahaha
Wajah aku sebelum dan sesudah.

Jauh betul bezanya, yang paling ketara tu bahagian mata. Nampak besar kan.

Thanks Maybelline. Korang pun cubalah gunakan produk Maybelline nie.

 

Untuk dapatkan tips dan tricks daripada Maybelline silalah layari Facebook Page Maybelline

 

Terima kasih Maybelline, Nuffnang , dan  Amber Chia

 

:.farra-eng

Related Posts with Thumbnails
Pages: Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ...38 39 40 Next