Waaahhh cd sudah selamat diterima. Nasib baik tak pecah. Terima kasih Cornetto. Siap ada tandatangan stacy dan akim lagi. Klas ko jah hahaha
Terima Kasih, lain kali ada pass apa-apa past ler kat sini (^.^)
Boleh ler ai review kat blog (^.~)
p/s: Untuk peminat-peminat stacy dan akim korang leh ler LIKE facebook Cornetto nie sebab banyak gak peraduan yang menarik. Baru2 nie rasanya ada diberi pass percuma untuk pelancaran album terbaru Stacy. Aku udah terlepas. Kalau tak nak gak join.
:.farra-eng
2 blogger cantik yang baru dikenali. X tau link dorang. Aku, zuriey , madam , CikLily , Kakina

Entah apa ler yang diborak kan tu. Aku lak sengih2 nengok Anne snap pic
Contoh blogger tegar cosmocrazewoman
Makan2. Sambil makan boleh ler try produk2 Neutrogena. Setiap satu meja dapat satu set untuk kitaorang try.
Menu dari Ciao
Bersama Anne Nuffnang yang peramah dan sporting. Aku suka betul kalau dapat jumpa anne nie. Sebab dia nie peramah. Tak control lak tu. Jadi terasa ler macam kawan2 je
Aku bersama Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Tonic Water Lotion yang diidamkan (^.^)
:.farra-eng
:.farra-eng
Last week atas jemputan Nuffnang, aku berpeluang untuk menghadirkan diri di Blogger Media Launch Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle and Firming.
Teruja sangat sebab salah satu jenama kecantikan yang besar dan popular dengan produk yang bagus di Malaysia ialah Neutrogena. Harapan dihati pihak penganjur akan bagi 1 set. Tamak kan aku hahahaha
Bertempat di Ciao Ristorante, No. 20A, Jalan Kampung Pandan, off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur
First time drive sendiri ke sini. Study google map tu. Nasib baik tak sesat.
Aku nak share sedikit info yang aku dapat daripada pihak Neutrogena
Blok-blok yang membentuk kulit kita merupakan kolagen dan elastin, dan ini menjadikan kulit kita mampu untuk menyimpan kelembapan semula jadi, lantas mengekalkan kulit dalam keadaan gebu dan anjal. Setelah usia meningkat, kolagen dan elastin lebih cepat terjejas, meninggalkan kulit dalam keadaan berkedut. Proses pembaharuan pula lebih perlahan menjadikan kulit tidak berseri. Ini turut dikenali sebagai penuaan intrinsik.
Neutrogena yang turut berkerjasama dengan pakar dermatologi, mendapati bahawa setiap lapisan kulit mengalami proses penuaan yang berbeza, dan setiap lapisan memerlukan penjagaan khas bagi melawan kesan penuaan. Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming merupakan jawapan bagi masalah ini. Pertama sekali, elastin lapisan bawah kulit yang hilang akan dipulihkan dengan esen beri hitam dan dill, yang turut memperbaiki struktur kulit dan mengurangkan kedutan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut oleh Neutrogena mendapati bahawa pembentukan elastin sahaja tidak mencukupi. Kelembapan yang cukup juga mengekalkan keanjalan kulit yang sempurna, dan bagi tujuan ini, ekstrak Southernwood dalam formulasi Neutrogena Ageless merupakan kuncinya. Ekstrak ini mengembalikan lapisan kedua kulit dan mengekalkan kelembapan, lantas menghilangkan kedutan dan mengembalikan keserian wajah yang gebu tatkala disentuh.
Akhir sekali, kandungan Vitamin B3 dalam Neutrogena Ageless memperbaharui lapisan atas kulit, memuluskan garis-garis halus dan menjadikan kulit cantik berseri.
Sebagaimana yang telah dibuktikan ujian klinikal, kulit seseorang mampu kelihatan berseri dan nampak muda, yang nyata dalam 4 minggu dengan penggunaan berterusan. Selepas lapan minggu, seratus peratus daripada wanita tersebut bertambah baik dengan drastik pada kewujudan garis halus dan kedutan, manakala 75% daripada mereka mendapati kulit mereka lebih anjal.
Cik Lily Putih , Anne Nuffnang , Farra-eng
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream. RM69.90 untuk 50ml
“With its ultra soft texture instantly nourishes to restore vibrancy and skin regains its density and bounce with a healthy and youthful glow”
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cleanser RM34.90 100ml ditangan CikLilyPutih
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Tonic Water Lotion RM34.90 150ml ditangan ku
Sangat suka dengan tonic water lotion nie, dia macam toner tau. Lepas pakai terasa halus dan lembut je kulit. Uhuk2 Neutrogena tak nak ke sponser i satu (^.^)
Aku rasa akan beli benda nie lepas je toner aku yang sedia ada sekarang dah habis. Udah suka lor
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Eye Cream RM69.90 15g ditangan madammondoq
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Essence Rm89.90 30ml
Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Lotion SPF 20 PA++ RM69.90 40ml
Setiap tetamu jemputan menerima sedikit cenderahati daripada Neutrogena
Beg merah best, besar boleh jadikan beg makeup (^.~)
Pendrive yang comel. Ingatkan sample krim tau. Baru nak kutuk napa bagi kecik sangat. Upanya pendrive..malu aiiii jakun tau
Dan yang paling best dapat satu Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream Rm69.90.
Terima kasih Neutrogena dan Nuffnang
p/s: Next entry aku cerita gelagat blogger di event nie (^.~)
:.farra-eng
Genre: Comedy spy-thriller
Cast: Rowan Atkinson, Gillian Anderson, Dominic West,
Rosamund Pike, Daniel Kaluuya
Directed by: Oliver Parker
Writers: Hamish McColl, William Davies
Produced by: Tim Bevan, Eric Fellner, Chris Clark
Executive Producers: Debra Hayward, Liza Chasin
Synopsis
Rowan Atkinson returns to the role of the accidental secret agent who doesn’t know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty’s Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos.
In the years since MI7’s top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region ofAsia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier’s life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action.
With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI-7. With mere days until a heads of state conference, one man must use every trick in his playbook to protect us all. For Johnny English, disaster may be an option, but failure never is.
Hahah sapa2 peminat Mr.Bean nie a.k.a encik kacang memang patut ler nengok movie Johnny English.
Cuba bayangkan Mr.Bean jadi spy, berlawan dengan orang jahat. Memang kelakar.
Terima kasih Nuffnang dan United International Pictures Malaysia.
Lain kali bagi pass free lagi hahaha
:.farra-eng
MDAG mempersembahkan sebuah filem aksi komikal….
Pelakon Utama: Rosyam Nor , Scha Al-Yahya , Johan RajaLawak , Adam Corrie , Zek Zamri , Yuswaisar
Dibantu Oleh : Fadzly ‘Kumok’ , Beego , Sabri Yunus , Sathia , Razib Salimin
Cerita Asal/skrip : Martias Mohd Ali
Penyunting : Affandi Jamaludin
Olahan Skrip : Asmat Sulaiman
Pengarah Fotografi : Mohd Shaufe A.Wahid
Pengarah Seni : Azwan Ibrahim
Penolong Pengarah : Asmat Sulaiman & Shaharul Ariffin
Pengurus Produksi : Misnin Mohd Ehsan
Rakaman Bunyi : Mohd Zeid Yusoff
C.G.I : Amru Najmi
Promosi / Pengedaran : Skop Production Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif : Jurey Latiff Rosli
Penerbit : Mohamed Azlan Ghazali & Rosdi Mat Yusof
SINOPSIS
Adnan Saladin (Rosyam Nor), seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon (Zek Zamri) lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat (Beego) turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan anaknya, Ratna (Scha Al-Yahya). Raja Libas resah apabila mengetahui Mr.Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya dia menemui Hamadi (Johan RajaLawak) dan Kumok (Fadzly) untuk digandingkan dengan Megat (Beego) dalam pertaruhan menentang Thailand nanti. Di perlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah Negara. Nantikan kesudahannya…
Pendapat Farra-eng
Korang kat luar sana yang sanggup keluar duit untuk menonton filem Libas nie memang berbaloi. Tapi kena tunggulah 29 September 2011. Kitaorang dapat nengok awal dari korang yeay..
Jangan risau kalau takut ada bahasa siam yang korang rasa tak akan faham, sebab ada english subtitle.
Libas nie memang best gila. Kejap2 ada saja yang nak digelakkan
Mula-mula tu ingatkan Johan Raja Lawak je seorang yang hidupkan aksi humor.
Upanya semua pelakon termasuk ler watak sampingan pun lucu. Aksi-aksi yang memerlukan CGI pun nampak real. Tak sangka peningkatan kualiti filem melayu semakin bagus. Macam nengok filem luar daaa
Penonton2 di Hall 8 TGV Cinema Wangsa Walk memberikan tepukan gemuruh selepas abis tayangan. Terdengar juga laungan “Malaysia Boleh”. Aku rasa c deydek yang jerit tu hahaha
Dah lama aku tak nengok filem yang dapat membuatkan penonton tepuk tangan selepas abis tayangan. Apa-apa pun tahniah untuk Team yang menjayakan Filem Libas.
4 bintang untuk filem Libas (^.^)
Pic Johan bersama Melodi nie di curi dari Cik Lily Putih hahahaha
Antara blogger-blogger yang hadir. Kitaorang duduk di Hall 8. Hall kecik tak ada artis sob..sob..sob tak pe lah yang penting enjoy dengan filem Libas.
Pasangan itu baruku kenal jadi tak tahu link huhu KakInaKL, Zuriey , Cik Lily Putih , Farra-eng , DayDek , Bro Jai (terima kasih bagi tiket huhu) , Jard x de lak kat sini sebab dia duduk Hall 9
Kawanku Ida daripada Labuan. Kebetulan dia ada di KL jadi ajak ler dia datang sekali.
Terima kasih Penerbit Filem Libas
Terima kasih Skop Production
Terima kasih Bro Jai , KakInaKL , CikLilyPutih
Terima kasih TGV Cinema
:.farra-eng
Nie aku baru collect pagi tadi. Untungnya lah semua Nuffnangers dapat birthday gift dari Nuffnang & TGV Cinema.
Aku nengok tadi tebal gak helaian nama2 Nuffnangers yang dapat pass nie.
Date: 17 September 2011 (Saturday)
Time: 7:30pm
Venue: Stadium Merdeka
Nie pun tadi aku ambik sekali kat ofis Nuff. First time nie nak pegi Stadium Merdeka hahahaha
Thank you so much Nuffnang , TGV Cinema and Astro
:.farra-eng