Pertandingan Seni dan Rekaan Menjanjikan Pengalaman Lebih Teruja Untuk Penggemar Seni Reka & Pengundi Online
Dengan tema baru Share Your Unlimited Spirit, pertandingan tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih mantap, pasti hebat!
Lebih Besar
Lebih banyak kategori akan diperkenalkan pada tahun ini untuk menarik lebih banyak penyertaan.Daripada 15 kategori yang sedia ada – animasi, seni bina, digital, fesyen, reka grafik, barang kemas, ilustrasi, instalasi, lukisan, hiasan dalaman, fotografi, percetakan, produk, seni arca dan video – dua kategori baru, seni khat dan rekaan fabrik.
Bertujuan untuk meluaskan ruang bagi pelbagai hasil karya seni belum pernah dilihat yang dihasilkan oleh pereka berpotensi di Malaysia.
Lebih Mantap
Sistem keputusan markah lebih mantap akan dilaksanakan dengan melibatkan pengundi online dan juri professional. Undian online 30% dan undian juri professional 70%. Undian awam akan diambil kira dalam pemilihan lima peserta akhir.
Selain itu, Rado akan memberi anugerah “Pereka Pilihan” berdasarkan jumlah undian awam tertinggi. Pengundi dengan jumlah undi tertinggi melalui www.radostarprize.my berpeluang memenangi seutas jam tangan Rado, tertakluk pada tema dan syarat.
Panel juri professional
1.En.Bernard Yong – Naib Presiden Rado Malaysia
2.En.Khoon Hooi – Pereka Fesyen Terkemuka Malaysia
3.Benson Saw – Pemenang anugerah dan pereka hiasa dalaman Malaysia yang mengendalikan perniagaannya di bandaraya London, Singapura dan Malaysia
4.Puan Zanita Anuar – Pengarah Innovasi Muzium, Jabatan Muzium Malaysia
Pertandingan ini terbuka kepada orang awam yang berminda kreatif dan penggemar rekaan di mana semua yang berminat boleh mendaftar dan menghantar penyertaan secara online di www.radostartprize.my sebelum 16 september 2011. Karya seni 5 peserta terbaik akan dipilih dan dipamerkan di Concourse Suria KLCC bermula 20 – 24 Oktober 2011. Juara akan diumumkan di majlis penutup pameran pada 24 October 2011.
Pemenang tahun lalu, Shahrul Anuwar Bin Mohamed Yusof 24, rekaan perabot unik, berhias, berfungsi dan berbentuk daun paku pakis yang melambangkan alam semula jadi.
Mengenai Rado
Sejarah Rado bermula pada 1917 di kota kecik Lengnau, Switzerland. Sejak diasaskan, Rado berterusan menghasilkan rekaan berinovasi yang mempersonakan pencinta jam tangan di merata dunia. Sejak 1990, Rado telah menerima lebih 30 anugerah rekaan antarabangsa, Kini, terserlah sebagai perintis pembuat jam tangan Swiss, Rado dikaitkan dengan jam berkualiti berserta rekaan yang tiada tolok bandingan dan penggunaan bahan premium.
Mengenai Radostar.com
Radostar.com adalah komuniti rekaan online yang dikhususkan sebagai platform penggemar seni dan rekaan dari merata dunia berkongsi hasil karya dan keghairaan mereka. Dengan kandungan seni dan rekaan yang amat relevan, dilengkapi cirri-ciri pelbagai jaringan social. Radostart.com menyediakan platform digital baru kepada generasi yang bakal membentuk semula rekaan masa depan. Pelancaran rasmi Radostar.com telah berlangsung di Milan, Itali pada tahun lalu. Terkenal kerana kehebatannya merangsang inspirasi dan menyokong aspirasi, Radostar.com bertekad untuk menjadi komuniti rekaan online moden masa kini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Agnes Wong
Pengurus
Jualan dan Pemasaran
Rado Switzerland
The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd
Telefon: +603-2050 8888
Emel: Agnes.Wong@swatchgroup.com.my
Sumber: Rado
:.farra-eng
Aduhai rasa sentap
aduhai rasa cemburu
pergilah kalian berdua jauh dariku
kalau memang bukan rezekiku
janganlah kalian datang padaku
:.farra-eng
Sticky Post
Scroll down untuk baca entry terbaru.
GARNIER DEODORANT `TAKE CARE’ CAMPAIGN
Hai korang nak menang Hamper Garnier yang bernilai RM100 tak?
Caranya mudah sahaja
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tak kisah ler blogger ataupun tidak.
Korang hanya perlu Snap pic diri korang bersama dengan Garnier Deodorant dengan aksi-aksi yang menarik.
2 peserta yang memenangi aksi yang paling kreatif dan menarik akan menerima Hamper
Daripada Garnier bernilai RM100
Email kan gambar korang ke farra_eng@yahoo.com
Semua gambar-gambar yang diterima akan diupload di blog www.farra-eng.com
Dan bagi blogger sila sertakan dengan link blog korang yer (^.^)
Riang ria berjoget bersama Garnier deodorant. Sila abaikan muka yang bulat itu. Gambar sekadar contoh huhu
Campaign ini bermula pada 15 August 2011 sehingga 15 September 2011
Pihak Garnier akan uploadkan gambar pemenang-pemenang di Facebook Garnier Malaysia, Jadi sapa yang belum menjadi fanpage Garnier silalah tekan butang ‘Like’
Di halaman Garnier Malaysia.
Contest ini berlangsung secara serentak diblog Afra Yuri dan Jardness.
Setiap blogger termasuk ler daku akan memilih 2 pemenang daripada blog masing2.
Apa tunggu lagi cepat hantar penyertaan korang (^.^)
Hamper sumbangan daripada Garnier Malaysia
Take Care
:.farra-eng
Huhu baru2 nie aku mendapat jemputan untuk terlibat sama menjayakan Garnier Deodorant Take Care Campaign Video
Nasib baiklah Ashley rajin nak follow up (dia call tau) sebab invitation melalui emel aku tak reply
Masa tu lak aku nie buzy tak ler sempat nak chek email
Antara blogger lain yang terlibat
Jard yang gojes (^.^) Camera Jard digunakan untuk campaign nie gak
Afra Yuri yang Hot… Seyes memang cantik dia nie
farra-eng, sila abaikan badan yang gemuk itu
Venue: Taman Tun Dr Ismail (first time datang sini huhu)
Pengambaran berjalan selama 3 jam dengan cuaca panas terik, siap bersalin baju lagi
tapi yang penting masing2 rasa seronok terlibat sama dalam campaign nie
Jom tengok gambar disebalik tabir pembikinan Garnier Deodorant Take Care Campaign Video
Kit (Direktor) dan Ashley (Wakil Garnier) tengah terangkan jalan cerita dalam video nie
Ho (Jurukamera) Kit (Direktor) berusaha mencari angel yang terbaik
Cerita dalam video nie mengisahkan Atilia(watak utama) yang mempunyai masalah bau ketiak. Disebabkan bau ketiak tu dia tidak disenangi kawan-kawannya (afra & farra)
Sila lihat mimik muka aku ngn afra di video tu nanti
kejam gila wat mimik muka macam tu hahahaha
Macam nie lah kena tunjuk muka cikit hehehehe
Group photo Atilia (pelakon utama) Ashley, Afra, Jard, Farra-eng, Kit
Video nie hanya di upload melalui facebook Garnier Malaysia dan Youtube sahaja
Tak de nya nak masuk TV hahaha
Garnier Deodorant video which is a campaign to help `take care’ of friends or family who suffers from body ordour. We realized that many people, especially young girls suffers silently in shame and tend to shun the community due to their body ordour. Worse they don’t have anybody to advise them on this problem. Hence, Garnier decide to champion this campaign by shooting a video to encourage everyone to help a friend or family member who has this problem.
Jadi sapa2 yang ada masalah bau ketiak tu boleh ler mencuba mengguna Deodorant Garnier yang mempunyai 6 manfaat dalam satu botol.
Disamping itu ada berita baik untuk semua pengguna Deodorant Garnier. Sebab akan ada contest yang melayakkan pemenang untuk menang hamper Garnier berjumlah RM100
Next entry aku terangkan secara detail mengenai contest nie yer
Apa2 pun Take Care semua
:.farra-eng
Credit untuk bro Jejai http://www.teratakarmo.com
Dari minggu lepas lagi nak wat senarai harga nie kat blog
Ada terbaca senarai kat Metro tapi asyik lupa lak
Setiap tahun Pak Sudin yang bayarkan zakat untuk aku
rasanya tahun nie udah terbuka pintu hati nak bayar sendiri huhu
Tak sabar rasanya nak balik Labuan
Dah lama x balik
Apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan
Tak lama lagi raya nie hahahahaha
:.farra-eng
Sila abaikan muka berminyak sambil doa mudahan farra-eng bertambah cantik + kurus ahak
Lepas je snap pic nie
Vanida: Motif ambik gambar tunjuk tangan
Me: Sengih2
Vanida: Motif..Motif..Motif..
Me: Sengih2 lagi hahahaha
Sebenarnya nervous sangat dapat ambik gambar dengan Vanida sampai wat posing gini huhu
Sangat cantik + manis dia nie
tak sombong lak tu.. kejap2 tersenyum
Nak cantik macam dia gak (^.^)
:.farra-eng
Inilah suasana waktu petang kalau nak balik KL
dah lama tau aku nak beli kad touch n go ataupun smart tag
sebab line untuk touch n go dan smart tag nie selalu kosong ok
tapi nak beli kad nie payahnya asyik abis je kat kedai shell tu ha
smart tag lak kena ler ready rm100
taraa dah beli kad touch n go isnin lepas
beli kad je RM10 tak de isi ok
aku top up RM10 je
jadi total kena bayar kat kedai shell rm20
lepas tolak komisyen ke apa tu, dapat ler rm9.50 kat dalam kad tu
aku nie jakun tau coz tak pernah guna
belek punya belek tak nampak pun cip
aku: macam mana nak guna kad nie, tak nampak pun cip, nak register dulu ke baru leh guna
opp: cip kat dalam, mana ler nampak
aku: jadi dah boleh guna ke nie
opp: iye ler
lalalala nampaknya boleh ler aku dengan bergayanya drive lorong untuk touch n go (^.^)
p/s: ada rezeki nak beli smart tag lak huhu
:.farra-eng