Kantoi Makan Nasi 1

Ooo udah terkantoi makan nasi untuk 90 Hari Tanpa Nasi

godaan sushi nie memang susah nak ditepis

inilah penyebabnya berat badan aku naik 2kg sebelum PD50H

 


Silah salahkan tukang belanja nie

kalau kuar dengan dia mesti dapat makan sedap2

pemurah hati nak belanja lak tu

terima kasih..terima kasih..lain kali belanja lagi huhu

 

:.farra-eng

Smurfs At Movie Carnival 2011 Kuala Lumpur

Hehe Saksikan The Smurf in 3D pada 1 september 2011

Aku ada terima jemputan untuk attend event smurf daripada nuffnang, tapi aku tak nak pegi coz nak pegi hari lain

Nak posing2 time tak ramai orang

Teringat lah pulak masa aku kecik2 dulu suka nengok cartoon nie kat tv

 

Comel kan perkampungan smurfs nie huhu

 

Kung Fu Panda yeay

eh lom nengok Kung Fu Panda 2 lagi nie

 

Terima kasih Zura ngn opp coz teman jalan2

 

:.farra-eng

KRONOLOGI KEHILANGAN SOSILAWATI DAN TIGA RAKAN

Sekarang nie kecoh balik pasal kes perbicaraan arwah Sosilawati dan 3 rakannya yang lain

harap-harap mereka2 yang tidak berperikemanusiaan itu mendapat balasan yang setimpal

aku pernah terserempak dengan arwah di Pasar Gombak tapi tak sempat lak nak snap pic sama2

memang cantik + tinggi orangnya = macam artis

apa2 pun al-fatihah untuk arwah yang telah pergi

 

KRONOLOGI KEHILANGAN SOSILAWATI DAN TIGA RAKAN

30 OGOS 2010 (5 Petang)

-Sosilawati meninggalkan pejabat bersama pemandu Kamaruddin dari Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke Banting untuk urusan perniagaan. Turut bersama jutawan kosmetik itu ialah peguam Ahmad Kamil dan pegawai CIMB Noorhisham.

 

31 Ogos 2010

-Anak perempuan Sosilawati membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya.

 

2 September 2010

-Kereta Perdana V6 milik Noorhisham ditemui di Petaling Jaya.

 

6 September 2010

-Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di kawasan perumahan USJ1, Subang Jaya.

 

9 September 2010

-Polis Bukit Aman menyoal siasat bekas peguam, N.Pathmanabhan

 

10 September 2010

-Tangkapan pertama dibuat melibatkan lima orang termasuk seorang wanita berusia antara 19 dan 45 tahun di lading ternakan ayam di Ladang Gadong Banting

 

11 September 2010

-Pathmanabhan, 41, dan adiknya berusia 38 tahun ditahan.

 

12 September 2010 (12 malam)

-Wartawan mendapat maklumat mengenai penemuan empat mayat di Ladang Gadong namun tiada pengesahan dikeluarkan polis.

12 September 2010

-Polis menahan seorang lagi remaja berusia 19 tahun di Ladang ternak ayam di Ladang Gadong yang menjadikan jumlah tangkapan seramai sembilan orang.

 

12 September 2010(12.30 Tengah Hari)

-Dua van pasukan forensic Jabatan Kimia Malaysia dan beberapa kenderaan yang membawa beberapa lelaki yang ditahan memasuki Ladang Gadong.

 

12 September (6.30 petang)

-Polis temui specimen dipercayai serpihan tulang manusia di Sungai Panchau berdekatan Ladang Gadong.

 

13 September 2010

-Ekoran kos Sosilawati polis menyiasat kehilangan lelaki warga India, Allal Kathan Muthuraja, 34, ahli perniagaan dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakan Shafik, Thevaraj Shanmugam.

Polis juga menyiasat kemungkinan pembunuhan seorang wanita, T.Selvi, 44, mempunyai kaitan dengan kumpulan individu yang ditahan bersabit kes Sosilawati.

 

4 October 2010

-Polis meminta seorang wanita, Jesyntha Clarene a/p Israel, 27, yang beralamat di Jalan Jugra, Banting membantu polis menyiasat kes kematian Sosilawati.

 

7 October 2010

-Jesynta Clarene tampil menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 5 petang bersam peguam.

 

13 Ocktober 2010

-Pathmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret Telok Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan  tiga individu lain mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan.

 

4 Julai 2011

-Perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijangka mengambil masa tiga bulan selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret Telok Datok

 

Sumber KOSMO

 

:.farra-eng

Peringatan Untuk Diri Sendiri

 

tak tahulah kenapa sejak semalam semangat ku untuk b’blogging kian bercambah

dulu masa mula2 masuk ke dunia blogging nie, hari2 aku update blog

kawan2 yang sama2 masuk dunia blogging dulu semua dah famous

aku je ketinggalan sebab kemalasan ku yang tahap 5 bintang

 

sejak aku pindah KL last year, aku memang aktif aktiviti nuffnang

tapi masalahnya aku nie malas nak update kat blog

blogwalking pun malas

 

insyallah akan mula balik merayau-rayau ke blog orang lain

broadband maxis ku hanya 6G jadi aku kenalah jimat2 cikit hahahaha (opis tak de internet)

akan update blog sekurang-kurangnya sekali sehari

 

aku nie tak cantik, gemuk lak tu

bergaya pun tak pandai

pakai makeup pun masih nampak selekeh

 

tapi aku bercaya aku mampu untuk berjaya sebagai blogger asalkan aku berusaha + buang sikap malas yang terlampau nie huhu

 

:.farra-eng

 

FASA 1 PROGRAM SKIM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PRIMA)

 

Lokasi:  Presint 11, Putrajaya

Pemaju: Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.

Keluasan Tapak: 3.04 Hektar

Bilangan Unit: 560 Unit Apartmen

Saiz: 93.46 meter x 75.72 meter

Bilangan Bilik: Tiga bilik tidur, dua bilik air

Harga: RM120,000 seunit

Kemudahan: Dewan serbaguna, surau, lot perniagaan dan pusat jagaan kanak-kanak

 

SYARAT PEMBELIAN

1.Pembeli kali pertama dan perlu mendiami rumah tersebut.

2. Pinjaman sehingga 105 peratus (termasuk liputan kos insuran dan yuran guaman) daripada institusi kewangan terpilih dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun.

3.Pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun.

4.Pembeli mempunyai pilihan menggunakan sebahagian daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menampung bayaran balikpinjaman.

5.Duti Setem dikecualikan

 

Sumber KOSMO

 

p/s: Semalam nengok kat TV3, skim nie hanya untuk pembeli yang berpendapatan rendah RM2500 keatas sahaja.

 

:.farra-eng

Barangan Loreal Untuk Bulan July

hahahaha

alhamdulillah dapat lagi produk2 penjagaan muka + makeup + etc daripada Loreal

Ingatkan dah tak dapat sebab aku nie lambat betul nak wat entry untuk produk2 muka

Inilah salah satu kebaikan menjadi blogger

dapat produk free hahahahaha

 

Hmm baru teringat entry event Maybelline aku lom buat

Insyallah dalam minggu nie aku wat

Peringatan untuk diri sendiri

“Tolong tambahkan sedikit kerajinan diri anda”

 

Hmm update link blogger pun aku tak abis buat lagi

Dah ler blog aku nie tunggang langgang

hantam sajalah

sian kan blog aku macam tak siap je

aku tak tahu ler macam mana nak setting jadi wat sementara nie biar je lah macam nie

 

:.farra-eng

 

Hasil Timbangn Minggu Ke4

Inilah dia hasil untuk minggu ke4

rasanya tak turun2 gak nie sebab tak de wat senaman

peringatan untuk diri sendiri “silalah wat senaman”

:.farra-eng

Timbang Berat Badan Untuk Minggu Ke3 PD50H

 

Betul ke nie?

Aku nie kat KL lagi tak balik sepang jadi guna je lah penimbang yang ada

Sok kalau aku balik sepang aku ti,bang balik guna penimbang sebelum nie

 

kalau betullah berat aku nie dah turun 2kg, alhamdulilah

kemungkinan sebab last week aku stress tu yang leh turun jadi macam nie

 

sok aku update berat badan lagi yer

arini sebagai memenuhi syarat PD50H

 

:.farra-eng

Comelnya Kamu Adam Nazuan

Eeeeee geram comel sangat budak nie

Anak buahku yang baru berusia 3 bulan

 

Last week aku kebusanan dirumah jadi pegilah melawat budak nie

First time drive seorang pegi PJ cari umah cousin

 

Pegi dengan tangan kosong lak tu tak bawa apa2 untuk budak kecik nie

Insyallah lain kali nak datang bawak adiah untuk dia

 

:.farra-eng (^.^)

Maybelline New York Watershine Pure Diamonds

Maybelline New York Watershine Pure Diamonds

 

 

Mengidamkan Kilauan permata dibibir mu? Senang saja…

Memperkenalkan Maybelline New York Watershine Pure Diamonds

Dengan 6 pilihan warna yang menarik ditambah dengan formula vitamin E

Sesuai sangat ler kalau nak pakai ke event2 atau kemana2 sahaja memang glamour you..

 

 

 

Tapi lipstick nie limited edition

So cepat2 ler ke guardian berhampiran untk beli yer

Aku nie tak tau kat mana lagi boleh beli produk maybelline sebab tu asyik suh pegi guardian je hahaha

 

 

 

Code lipstick 304 pink2 gitu hahahaha

Harga pun boleh tahan macam biasa ler produk maybelline nie bukan sahaja bagus tapi harga pun memang berpatutan.

Harga pasaran hanya Rm24.90 sahaja

 

Maybe she’s born with it. Maybe it’s Maybelline

 

:.farre-eng (^.^)


Related Posts with Thumbnails
Pages: Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ...38 39 40 Next